Followers
Monday, November 9, 2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme & Pemantapan Setiausaha LDP Peringkat Negeri Terengganu ( Daerah Besut ) Tahun 2009
Tarikh : 3 hingga 5 November 2009
Tempat : Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Setiausaha LDP Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu
Anjuran : Unit Latihan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Tempat : Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Setiausaha LDP Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu
Anjuran : Unit Latihan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Terengganu Siri 1/2009
Kursus tahunan yang diadakan kali ini di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan mulai 31 Oktober hingga 3 November 2009. Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini mengumpulkan puluhan Guru Bimbingan dan Kaunseling seluruh Negeri Terengganu. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Perkongsian melalui pertemuan rakan-rakan membolehkan perkongsian bahan dan sumber perkhidmatan dibuat. Saling tukar beralih milikan, insyaALlah akan mampu memartabatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam Negeri Terengganu. Terima Kasih Cikgu Taha Sali.
Anda sememangnya sangat memahami susur keperluan, jerih perjuangan, keringat membanting tugasan tanggungjawab seorang bergelar Kaunselor (Cr.) yang lebih dikenali sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kalau tidak kita, siapa lagi?. Kalau tidak sekarang, bila lagi?. Pada tuan kami wakilkan. Semangat Berjuang.
Tuesday, November 3, 2009
Program Kecemerlangan Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2009
Program ini diadakan pada 26 Oktober 2009, khusus untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 3. Kecemerlangan Bahasa Arab sangat diperlukan kerana Mata Pelajaran Bahasa Arab merupakan bahasa teras di SMKA. Dikendalikan oleh guru Bahasa Arab sekolah. Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah.
Monday, November 2, 2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru dan Kakitangan SMKA Wataniah
Kursus kali ini adalah satu kenangan dan pengabdian tidak terhingga. Mampu dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran Profesor Dr. Haji Muhd Kamil bin Haji Ibrahim, Pengarah UiTM Negeri Johor ke SMKA Wataniah sangat kami hargai. Kami sanjungi budi Profesor kerana katanya tidak ada tempat lain yang dikunjungi beliau untuk program sebegini sebanyak dua kali dalam tahun yang sama. Januari lalu Profesor telah datang untuk Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM. Tapi kali ini beliau datang untuk bersama dengan guru dan kakitangan SMKA Wataniah pula. Kunjungan beliau ke sekolah kami turut disertai pihak Astro untuk rakaman aktiviti seharian Profesor. Terima kasih Profesor dan terima kasih juga buat Hajjah Akma atas usaha jaya puan mengundang Profesor Dr. Haji Muhd Kamil bin Haji Ibrahim ke SMKA Wataniah.
Sunday, November 1, 2009
Program dan Aktiviti di SMKA Wataniah bulan Oktober 2009
Assalamualaikum. Atas permintaan anak-anak murid sama ada yang masih lagi berada di sekolah dan ada yang telah lama meninggalkan alam persekolahan, kini telahpun berada di IPTA atau IPTS. Bagi memenuhi permintaan mereka, saya perturunkan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober tahun 2009.
1. Program Majlis Sambutan Raya Perdana RIMUP pada 1 Oktober 2009
2. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Asrama Tahun 2009 ( 14 Oktober 2009 )
3. Program Temu Murni, Solat Hajat & Bacaan Surah Yaasin SPM 2009 ( 15 Oktober 2009 )
4. Program Selepas Peperiksaan PMR 2009 ( 13 Oktober - 19 November 2009 )
5. Program Pemakanan Seimbang Badan Cergas Minda Cerdas ( 20 Oktober 2009 )
1. Program Majlis Sambutan Raya Perdana RIMUP pada 1 Oktober 2009
2. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Asrama Tahun 2009 ( 14 Oktober 2009 )
3. Program Temu Murni, Solat Hajat & Bacaan Surah Yaasin SPM 2009 ( 15 Oktober 2009 )
4. Program Selepas Peperiksaan PMR 2009 ( 13 Oktober - 19 November 2009 )
5. Program Pemakanan Seimbang Badan Cergas Minda Cerdas ( 20 Oktober 2009 )
Subscribe to:
Posts (Atom)