Kursus tahunan yang diadakan kali ini di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan mulai 31 Oktober hingga 3 November 2009. Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini mengumpulkan puluhan Guru Bimbingan dan Kaunseling seluruh Negeri Terengganu. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Perkongsian melalui pertemuan rakan-rakan membolehkan perkongsian bahan dan sumber perkhidmatan dibuat. Saling tukar beralih milikan, insyaALlah akan mampu memartabatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam Negeri Terengganu. Terima Kasih Cikgu Taha Sali.
Anda sememangnya sangat memahami susur keperluan, jerih perjuangan, keringat membanting tugasan tanggungjawab seorang bergelar Kaunselor (Cr.) yang lebih dikenali sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kalau tidak kita, siapa lagi?. Kalau tidak sekarang, bila lagi?. Pada tuan kami wakilkan. Semangat Berjuang.
No comments:
Post a Comment