Followers

Thursday, June 14, 2012

Wajah Mei Yang Ditinggalkan

Salam Ukhuwwah.

Saya terbiasa dengan kerja yang lambat, melambat-lambatkan, terlambat, dilambatkan, kelambatan dan apa-apa sahaja berkaitan lambat sekarang kerana suka bertangguh dan menangguhkan kerja. Sungguhpun begitu, seperti jua paparan Perjalanan Bulan April yang agak sangat lambat dipaparkan, Wajah Mei Yang Ditingggalkan ini saya tetap cuba siapkan sedayanya sekalipun terlambat.

1.  3 Mei 2012.
Bimbingan temuduga KPLSPM.
Saya berkesempatan bersama beberapa orang pelajar SPM tahun 2011 yang mendapat tawaran panggilan temuduga program KPLSPM. Tiga jam lebih sampaikan panduan menghadapi temuduga, ajarkan cara menjawab soalan INSAK dan tips-tips berkaitan. Mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang lebih bertempat di Bilik Gerakan. Tahniah. Semoga antum berjaya kesemuanya.



2.  13 Mei 2012.
Lawatan CEO MAIDAM ke SMKA Wataniah.
Kunjungan Tuan Haji Wan Harujan bin Sulaiman bersama Ustaz Tuan Azri Tuan Ahmad, bos MAIDAM Besut adalah untuk menyampaikan sumbangan cek bernilai RM 2000.00 kepada Adik Nurussyahamah Taqiah bagi memudahkan urusan perjalanan pergi dan balik ke Institut Al-Quran Terengganu untuk mendalami lagi ilmu berkaitan Al-Quran. Pertemuan berlangsung di Bilik Pengetua.






3.  16 Mei 2012.
Majlis Sambutan Hari Guru SMKA Wataniah.
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Sambutan peringkat sekolah tahun ini banyak kelainan sekali terdapat beberapa acara dikekalkan. Seronok dapat bersukan, bersukaria, dapat cabutan bertuah, hadiah kemenangan selain hiburan persembahan anak-anak pelajar.









4.  21 Mei 2012.
Program Pemakanan Seimbang Badan Cergas Minda Cerdas.
Pengisian ceramah disampaikan oleh Puan Norhaliza binti Rojalai, Pegawai Sains (Pemakanan), Klinik Kesihatan Pasir Akar, Besut. Dua jam lebih bersama beliau untuk semua anak-anak pelajar bertempat di Dewan Terbuka SMKA Wataniah. Terima kasih puan.




5.  21-22 Mei 2012.
Program Terengganu Negeri Anjung Ilmu Sesuci Kasih Seteguh Tekad & Kolokium Melakar Kasih Menyemai Impian.
SMKA Wataniah menghantar tujuh pelajar lelaki bersama ibubapa/penjaga mereka. Program pelancaran disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu dan program lanjutan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Saya hadir sebagai fasilitator dan guru pengiring kepada anak-anak pelajar ini. Program berlangsung serentak dua hari satu malam di tujuh hotel sekitar bandar Kuala Terengganu melibatkan penyertaan hampir 700 orang. Tahniah dan teruskanlah program mulia mendidik anak bangsa ini.





No comments: