Followers

Saturday, July 30, 2011

Cameron Highlands Bersama Tingkatan Dua

Salam Ukhuwwah.

Paparan perjalanan mencari pengalaman ini mengambil masa satu minggu untuk di'posting'kan. Mungkin kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa mengenal ruang-ruang kerehatan dan kepentingan antara mengutamakan keperluan mana yang lebih penting dari yang penting kerana yang terpenting itu lebih penting dari yang penting.

19, 20 & 21 Julai 2011. Bersama Tingkatan 2. Satu kalimah terbitan saya tonjolkan "penat tapi seronok". Bersama anak-anak yang tidak pernah sampai ke Cameron Highlands. Mereka "excited". Mereka nak datang lagi. Penat kerana mereka lincah dan berlamaan meninjau ruang hidup yang banyak sekalipun masa hanyalah tiga hari dua malam. Hanya kali ini diberi kesempatan untuk ke Cameron Highlands. Kelmarin dah pergi ke Big Red Strawberry Farm, tapi hari ini nak pergi lagi. Kami jalan kaki lagi. Dekat sahaja cuma kena mendaki memanjat bukit. Tak kan dibiarkan mereka pergi sendiri. Kuatkan diri, pergi juga. Fikirkan keselamatan anak-anak orang tanggungjawab sementara kita. Malamnya, lena dibuai mimpi dan lenguh-lenguh labu betis... kepenatan. Penat tapi seronok. Terima kasih cikgu. Lain kali nak datang lagi.

Mungkin..... sesetengah orang tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju sampai bila-bila dengan saya membawa mereka dalam waktu sebegini. Tidak dapat belajar katanya. Adakah ilmu itu hanya ada dalam bilik darjah sahaja?. Tentu tidak kan?. Bukan senang untuk mengurus satu-satu program dari A hingga Z. Susah tanpa ilmu dan pengalaman. Program sebegini, perancangannya bermula sejak dua bulan setengah yang lalu. Melalui proses itu dan ini. Kalau nak tahu, cubalah uruskan sendiri. Akan jumpalah jawapannya.

Saya tidak mampu untuk cuba menutup mulut-mulut sesetengah orang kerana siapalah saya berbanding mereka?. Cuma jawapan saya, saya berkesempatan berjumpa dengan pelajar SPM SMK Renek, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa ( Sekolah Kluster ), Pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMS Dungun, Pelajar SMK Geliga Kemaman berprogram untuk Kem Kepimpinan pelajar selama tiga hari dua malam di situ pada waktu itu. Juga dari Tingkatan pelbagai. Agaknya, pelajar Tingkatan 5 (SPM) mereka, tak jadi periksa SPM tahun ni?. Kita bawakan Tingkatan 2, geger seantero benua.

Walau apapun, kita puashati. Kita sabar. Kita redha. Kita kena faham bahawa sifat dengki dan tidak puashati sudah wujud sejak keturunan Nabi Adam yang pertama. Ingat lagi cerita Habil dan Qabil?. Tentu ingatkan......... dan sifat buruk itu bertaburan melata di sekitar kita kini.

Terima kasih buat Abang Man dan Iman Saleha. Saya hargai jasa anda berdua dalam usaha menjayakan program ini.








1 comment:

Anonymous said...

Kalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di http://www.deegate.com