Salam Ukhuwwah.
AlhamduliLlah, setelah sepuluh hari berlalu dengan tajuk terakhir " Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM ", akhirnya saya memunculkan diri.
Ada pelajar yang datang berjumpa, bertanyakan " Cikgu, kenapa lama tak diupdatekan blog?. Lama saya tertunggu berita tentang perkembangan SMKA Wataniah ". Terima kasih atas ingatan itu.
Sejak keputusan SPM tahun 2010 diumumkan pada 23 Mac 2011 yang lalu, jumlah pelawat makin meningkat. Setiap hari blog ini dikunjungi lebih dari 100 orang. Syukurlah anda memanfaatkan blog ini sebaiknya.
Saya sengaja membiarkan blog ini lama tidak diupdate kerana semata-mata ingin memberi peluang kepada anak-anak murid yang " kurang celik IT " mudah mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan lanjutan selepas SPM. Kan mudah jika bila buka sahaja blog ini, sudah terpapar di muka depan tentang apa yang ingin dicari.
4 April 2011,hari terakhir Permohonan Fasa 2 Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM/Setaraf Ambilan Julai 2011. Maka, hari ini sesuailah kiranya saya masukkan entri terbaru sepertimana diharapkan.
Saya cuba membilang hari ke belakang mengambil kira selang masa dua minggu yang telah berlalu :
1. 20 Mac 2011 ( Ahad )
Karnival Pendidikan MARA. Membawa 41 orang pelajar mengunjunginya di Kota Bharu.
2. 21 - 22 Mac 2011 ( Isnin - Selasa )
Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan 5 ( Fasa 1 ). Khusus untuk Tingkatan 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Rusyd & 5 Ibnu Baytar. Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.
3. 23 Mac 2011 ( Rabu )
Majlis Sekalung Penghargaan SPM Tahun 2010. Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan kecemerlangan pelajar SMKA Wataniah yang hebat. " SMKA Wataniah Tersohor Tahun 2010 " telah dicapai. Tahniah.....
4. 24 Mac 2011 ( Khamis )
Anda Sentiasa Kekal Hebat...
5. 27 Mac 2011 ( Ahad )
Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM SMKA Wataniah. Itu yang mereka harapkan dari saya. Saya mesti tolong mereka..... Dalam sedar, jam di tangan sudah melewati masa 2.30 petang. Dan kita pun berhenti.
6. 28 Mac 2011 ( Isnin )
7. 29 Mac 2011 ( Selasa )
Taklimat Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM SMKA Wataniah. Pelajar SPM tahun 2010, datang lagi. Seawal jam 8.00 pagi mereka sudah muncul di Bilik Gerakan. Ayuh, bantu mereka. Makan minum hari ni dalam bilik ini je. Tidak mengapa. Ramai dan ramai lagi yang datang. Kami sudahkan sesi perbincangan kerana bukan taklimat lagi pada jam 1.30 petang. Satu persatu diterang. Sabar. Sabar..... Kita Solat Zohor berjemaah dulu.
8. 30 Mac 2011 ( Rabu )
Mesyuarat Agung PIBG SMKA Wataniah Kali Ke-12 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMKA Wataniah Tahun 2011. Jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Diamanahkan jawatan sebagai Setiausaha ni, agak memenatkan juga. Tapi berjaya juga buat majlis ni kerana team kerja yang hebat. Terima Kasih semua yang terlibat. Persediaan telah lama dibuat. Maka tak lah jadi kelam kabut. Ok je.
9. 30 - 31 Mac 2011 ( Rabu - Khamis )
Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan 5 ( Fasa 2 ). Kali ni tiba pula peluang dan giliran untuk pelajar Tingkatan 5 Ibnu Zuhri, 5 Ibnu Qayyim & 5 Ibnu Khaldun. Masih di tempat yang sama iaitu Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu. 35 pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Inilah kenangan terindah kami. Pengalaman berharga kalian.
dan.......... SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015
No comments:
Post a Comment