Followers

Wednesday, February 2, 2011

sedikit tersentuh...

by Ahmad Shihabuddin 

pagi tadi, ketika masuk ke kelasku (tahun 4).. ketika itu, kebanyakkan murid lain sudah keluar rehat di kantin. ku lihat ada seorang murid lelaki sedang menulis... murid ni tinggal di asrama desa sejak awal tahun ni.. 

"awak tulis apa tu? tulis surat cinta ker??" tanyaku.. "bukan cikgu, bukan." jawabnya sambil menyembunyikan kertas itu.. lalu ku ambil kertas itu.. memang benar, ianya sekeping surat.. lalu ku baca..

'mok, boleh tak mok datang asrama petang ni.. ikutlah pukul berapa pun.. mok, kito teringat ko ayah.. kito x leh nak makan sebab kito teringat sangat ko ayoh.. kito rindu sangat pada ayoh.. kita x makan apa2 pun lagi hari ni sebab teringat sgt ko ayoh.... (mungkin surat itu panjang lagi yg ingin ditulis..)

lalu ku pandang wajahnya.. ada genangan air mata yang akhirnya tumpah membasahi pipi.. lalu ku memeluknya erat..

ku bisikkan di telinganya, "Safartul, sabar ya Safartul. Cikgu tahu ayah awak sudah meninggal dua tahun yang lalu. awak kena jadi anak yang kuat.. awak kena cekal.." air mataku sedikit bergenang pabila muridku ini telah menangis di dadaku. ku mengusap-usapp kepalanya...

aku cuba untuk menenangkannya. selepas itu aku menyuruhnya membasuh muka dan mengajaknya untuk makan kerana sejak dari pagi dia belum menjamah apa2 makanan.. lalu ku pinta rakannya membawanya ke tandas utk membasuh mukanya.. (dalam hatiku, aku sgt tersentuh... sayu perasaanku.. muridku ini sudah menjadi anak yatim sejak berumur 8 tahun lagi.. ku bersyukyur pada Illahi, sehingga umurku kini 27 tahun, ibu dan bapaku masih ada di muka bumi ini)

aku doakan muridku ini akan berjaya suatu masa nanti... cikgu sayang kamu..

No comments: