Salam Ukhuwwah.
Hari ini adalah hari ketiga saya menghantar dan mengambil anak sulung ke dan dari sekolah. Wan Noor Fatihah Maisarah. Ditempatkan di Kelas 1 Cemerlang. 1C. Kelas terakhir kerana kata cikgunya, nama anak tercicir dan tiada dalam rekod pendaftaran. Tidak mengapalah, asalkan anak pandai menguasai ilmu dan berjaya dalam hidupnya.
Bukan itu cerita yang ingin saya paparkan dalam entri kali ini. Tapi ianya sebagai set induksi perencah cerita. Kisah sekolah rendah ini mengingatkan saya pada diri sendiri pada tahun 1982 dan 1983. Darjah 2 dan Darjah 3 di SK Bukit Perah, Ajil. Belajar pada sesi persekolahan petang. Setiap kali waktu rehat, saya akan ke perpustakaan sekolah mencari buku-buku untuk dibaca. Antara buku-bukunya ialah " Si Kaya Yang Kurus Si Miskin Yang Gemuk ".
Kisahnya begini, dalam sebuah kampung, tingggallah seorang kaya yang tersangat kaya. Tinggal bersama isteri dan dua anak. Malangnya, kesemua ahli keluarganya kurus kering melidi dan sering sakit. Sedangkan makanannya enak-enak. Pakaiannya mahal-mahal. Kenderaannya hebat-hebat. Tinggal pula dalam rumah besar.
Tinggal berjiran dan dipisahkan pagar rumahnya dengan satu keluarga yang sangat miskin. Isterinya seorang dan anaknya lapan. Makan pakainya tidak sempurna dan tinggal di rumah kecil lagi robek. Walhal begitu, tubuh badan mereka sihat dan gemuk pula. Hairan kan.
Sekalipun tinggal berjiran, Si Kaya tadi sangat kedekut sikapnya. Tiada juadah atau barangan bantuan yang pernah sampai ke rumah Si Miskin. Kehidupan Si Miskin menimbulkan rasa hairan pada tanggapan Si Kaya. Perkara ini membangkitkan kemarahan Si Kaya dan rasa tidak puas hati lalu Si Kaya membuat aduan kepada hakim. Setelah mendengar aduan Si Kaya, hakim yang bijaksini dan bijaksana itu membuat keputusan. " Esok aku akan memanggil Si Miskin pada jam 9.00 pagi dan kamu juga wajib hadir. Aku juga ingin mendengar jawapan Si Miskin. Tidak patut aku hanya menerima aduan kamu sedangkan aku masih lagi belum mendengar apa-apa jawapan dari Si Miskin. Tuduhan kamu perlu dibuktikan. Sila bawa saksi dan bukti-buktinya esok hari ".
Keesokkan harinya, Si Kaya dan Si Miskin beserta keluarga dan saksi masing-masing datang bertemu Hakim. Lalu Si Hakim pun meminta Si Kaya menyatakan apakah pertuduhannya terhadap Si Miskin. Kata Si Kaya ; " Wahai Tuan Hakim, Si Miskin ini orang baru di kampung ini. Hidupnya merempat dan menyusahkan kami sekeluarga. Rumahnya buruk lagi robek. Sakit mata kami memandang. Dia membina rumahnya ditepi pagar rumah kami kerana mereka ingin mencuri. Keluarga Si Miskin ini mencuri Tuan Hakim. Mereka mencuri bau masakan keluarga kami. Bau masakan untuk makanan keluarga saya telahpun habis dihidu oleh keluarga Si Miskin. Sedangkan kami hanya dapat memakan isi dan kuahnya sahaja. Bau masakan kami telah tiada lagi. Sebab itu badan mereka sihat dan gemuk-gemuk. Itu sahaja Tuan Hakim ".
Mana saksi-saksi yang menyokong Si Kaya, tanya Tuan Hakim. Lalu Si Leman Mulut Busuk mengangkat tangan sambil berkata, " Tuan Hakim, saya saksinya. Setiap kali waktu makan tengah hari saya seringkali melihat Si Miskin bersama ahli keluarganya makan tengah hari di serambi rumah mereka. Hanya nasi putih berlaukkan ikan masin dan kuah sayur pucuk ubi menjadi hidangan mereka. Akan tetapi jika isteri Si Kaya menggulai ayam, maka mereka mencuri menikmati baunya terlebih dahulu sambil mereka makan tengah hari. Mereka mencuri Tuan Hakim. Si Miskin dan keluarganya mesti dihukum ".
" Ohh! begitu ", kata Tuan Hakim. " Sekarang saya mahu mendengar jawapan dan pembelaan Si Miskin pula. " Begini Tuan Hakim. Benar Tuan Hakim. Kami orang miskin tapi kami tidak sejahat sebagaimana yang disangkakan. Kami tahu kami masih baru di kampung ini. Sungguhpun begitu, tanah dan rumah yang kami miliki adalah rumah kami. Kami bekerja sendiri untuk dapatkan wang untuk membeli. Kami tahu, kami miskin tapi tuduhan begitu terlalu berat untuk kami hadapi. Sukar untuk kami menerimanya. Si Kaya jangan menyangka semua orang miskin malas bekerja sebab itu mereka miskin. Alasan itu salah. Mereka tidak boleh menuduh kami sembarangan. Ahli keluarga kami sihat-sihat dan tidak berpenyakit mungkin kerana dalaman kami bersih. Kami tidak dengkikan orang. Kami tidak membenci dan busuk hati terhadap orang lain. Kami redha dengan rezeki yang ALlah berikan kepada kami. Saya mengakuinya Tuan Hakim. Bauan masakan dari rumah Si Kaya kami sekeluarga menghidunya. Ini kerana kami ada hidung. Mana mungkin dibina pagar atas udara untuk menghalang bauan masakan dari sampai ke rumah kami. Itu sahaja Tuan Hakim ".
" Saya faham dan jelas. Begini, saya melihat dalam kes ini, Si Miskin tidak bersalah. Si Kaya sebenarnya yang bersalah. Si Kaya sepatutnya tidak busuk hati dan mudah menyangka buruk terhadap jirannya, Si Miskin. Dengan ini, saya sebagai Hakim menghukumkan bahawa Si Kaya mesti menghantar sepinggan lauk yang dimasaknya setiap hari kepada keluarga Si Miskin mengikut bilangan ahli keluarganya kerana kamu menyeksanya dengan bauan masakan lazat kamu sedangkan kamu tidak pernah menghantar ke rumahnya untuk dirasai oleh mereka. Kamu juga wahai Si Kaya, mulai hari ini, kamu hendaklah berada di masjid setiap waktu solat untuk Solat berjemaah ".
" Terima kasih Tuan Hakim. Saya menerima hukuman ini. Kini saya mulai sedar siapa saya sebenarnya. Saya banyak wang akan tetapi wang saya banyak dihabiskan untuk membeli ubat penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma saya. Saya bertaubat Tuan Hakim. Kepada Si Miskin, saya minta maaf banyak-banyak atas segala yang telah berlaku . Maafkan saya ".
Panjang cerita saya ini. Itulah buku cerita yang selalu saya baca 29 tahun dahulu. Moga ianya jadi pengajaran buat kita semua.
Tunggu..... koleksi cerita saya selepas ini dengan tajuk " Pandainya Dia.......... " dan " Kerana Tidak Faham Bahasa Arab ".
Sampai jumpa lagi ya. Bye...

No comments:
Post a Comment