Followers

Friday, January 28, 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SPM SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

26 Januari 2011. Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah. Jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.








Wednesday, January 26, 2011

Program Accelerated Learning ( Memory Skills ) Pelajar Cemerlang Tingkatan 2 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Seramai 63 pelajar telah dipilih menyertai program sehari ini. Mereka terdiri dalam kalangan pelajar cemerlang Tingkatan 2 iaitu dari Tingkatan 2 Abu Bakar dan Tingkatan 2 Omar.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Pusat Minda Besut. Enam fasilitator terlibat. Alangkah bagusnya jika ianya dilibatkan semua pelajar Tingkatan 2. Tetapi, memandangkan program ini sebagai pengenalan kepada pelajar SMKA Wataniah. Akan ada program susulan, maka dua kelas perlu dilibatkan terlebih dahulu.

Program ini diadakan pada 25 Januari 2010 bertempat di Dewan Haji Abdul Latif. Masanya mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Terima kasih Pusat Minda Besut dan SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.






Thursday, January 20, 2011

Majlis Jamuan Kesyukuran Pelajar Cemerlang PMR Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Restoran Nasi Ayam Hainan, Batu Buruk, Kuala Terengganu dipilih sebagai tempat menjamu selera. Seramai 44 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PMR tahun 2010 terlibat. Cemerlang mereka kerana mereka mendapat keputusan 9A dan 8A. Hebat mereka.

Penghargaan sekolah kepada mereka, maka Program PMR Sekolah membawa mereka makan-makan di Kuala Terengganu dan acara jalan-jalan.

Mungkin juga, saya boleh katakan ianya juga sebagai majlis perpisahan buat mereka. Maklumlah..... sebahagian daripada mereka akan mendaftarkan diri di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai awal Februari nanti. KISAS, SBPI, Alam Shah, MCKK, SESTER, Sheikh Malek dan lainnya.

Alangkah bagus kiranya mereka tidak meninggalkan SMKA Wataniah. Kekallah di sini. Kerana di sini ada segalanya?.

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 3

Salam Ukhuwwah.



Program Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab Tingkatan Satu

Salam Ukhuwwah.

Seramai 203 orang pelajar baru Tingkatan Satu SMKA Wataniah telah mengikuti program ini yang telah diadakan pada 17 Januari 2011, Isnin bertempat di Dewan Haji Abdul Latif. 

Pengisian program disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Awi bin Salleh, Ketua Unit, Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Program ini dianjurkan oleh Bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ( PIBA ) yang diketuai oleh Ustaz Kasim bin Awang.






Monday, January 17, 2011

Sertai Program Jom Masuk U

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Seramai 41 pelajar telah menyertai program Jom Masuk U Kali ke-7 peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Terengganu Trade Centre ( TTC ), Kuala Terengganu pada 15 Januari 2011.

Peserta terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Zuhri dan 5 Ibnu Qayyim. Banyak sangat manfaat sertai program sebegini. Pendedahan percuma sebagai persediaan pendidikan lanjutan selepas SPM nanti.






Thursday, January 13, 2011

Selamat Datang GPK HEM Baru

Salam Ukhuwwah.

Hari ini, 13 Januari 2011. Kami warga SMKA Wataniah telah menerima Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( GPK HEM ), Tuan Haji Ahmad Zaki bin Mohammed bagi menggantikan GPK HEM terdahulu, Tuan Haji Shafie bin Ahmad yang telah pun bersara.

Beliau merupakan seorang ustaz. Telah dinaikkan pangkat yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai GPK Ko-kurikulum di SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang, Besut. Tahniah Ustaz!. Rombongan guru SMK Nasiruddin Shah diketuai oleh Tuan Pengetuanya, Tuan Haji Romeli bin Abd Rahman telah menghadiri majlis keraian sambutan yang diatur oleh pihak sekolah mulai jam 1.45 petang tadi.

Terima kasih semua. SMKAWA Terbilang Tahun 2015.





Sunday, January 9, 2011

Buku Panduan Pemilihan Kursus dan Program Pengajian di IPTA Mengikut Tingkatan / Aliran SMKA Wataniah Bagi Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM

Salam Ukhuwwah.


Alhamdulillah. Esok 10 Januari 2011, maka bermulalah pengisian Fasa 2 permohonan pengajian ke IPTA. Pemohon dikehendaki memilih kursus bersesuaian dan mengisi petak pilihan yang disediakan. Ambillah peluang menggunakan buku panduan ini.

Setelah berusaha beberapa ketika, akhirnya Buku Panduan Pemilihan Kursus dan Program Pengajian di IPTA Mengikut Tingkatan / Aliran SMKA Wataniah bagi Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012 terhasil.

Kewujudan buku panduan ini sudah pasti akan memudahkan kerja saya nanti dan ianya boleh dimanfaatkan oleh semua pelajar Tingkatan 5 SMKA Wataniah tahun 2010. Saya mengizinkan jika ianya difotokopikan oleh sesiapa untuk tujuan ilmu dan kerjaya pilihan.

Intipati buku panduan ini adalah disusun mengikut kelas/tingkatan anda dengan saya sesuaikan berdasarkan aliran yang anda ambil.

Jika penghasilan buku ini memanfaatkan anda, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, janganlah mengeji saya. InsyaAllah saya akan menghasilkan satu buku panduan mengenai penerangan tentang kursus di universiti dalam sedikit masa lagi.

Friday, January 7, 2011

Minggu Haluan Pelajar Baru Tingkatan 1 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.









Terima kasih kerana memilih SMKA Wataniah. Tahniah kerana menjadikan sekolah ini sebagai pusat kecemerlangan diri dan ilmu anda. Pada hari terakhir program, seramai 204 pelajar telah mendaftarkan diri. 59 lelaki dan 145 perempuan.

Ada juga segelintir ibu bapa / penjaga yang menjadikan sekolah ini sebagai transit sementara menunggu sekolah lain. Tidak mengapalah jika tempat yang ditunggu itu lebih gah dari sekolah ini tapi amat malang sekali jika memilih sekolah yang kurang kualitinya sekalipun anda akan ditempatkan di kelas / tingkatan elit di tempat baru.

Ketahuilah...... semua pelajar SMKA Wataniah adalah dalam kalangan pelajar elit. Nak memasuki sekolah ini, anda wajib dapat 5A UPSR. Sedikit sangat yang masuk  dengan menggunakan 4A 1B UPSR. Itupun merayu.

Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling sangat menghargai jasa dan budi guru-guru SMKA Wataniah kerana telah memberikan komitmen yang baik kepada kelancaran program ini. Jasa baik cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah kami sanjungi.

Kalungan penghargaan juga buat pengurusan yang turun menjenguk kami di dewan. Akhirnya, Tuan Pengetua juga bersama menutuprasmi program ini.

Buat Penyelaras Tingkatan 1, YM Tengku Murhaini binti Tengku Hassan dan Penolong Penyelaras Tingkatan 1, Ustazah Zaimah binti Mohd Saman, kelansungan istiqamah ini sama-sama kita curahkan demi kejayaan anak-anak didik kita di SMKA Wataniah.

Banyak lagi Program Maju Diri Tingkatan 1 tahun ini akan menyusul dan bakal dilaksanakan.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.






Alhamdulillah. 134 pelajar hadir pada hari terakhir program. 48 lelaki dan 86 perempuan. Penyusunan tingkatan pun dapat dilaksanakan. Tahun 2011 dengan nama baru mengikut Tingkatan Lima. 

Ada juga beberapa orang pelajar yang telah bertukar ke sekolah lain. Sekalipun lima orang yang mendapat gred E mata pelajaran Bahasa Arab, tapi anda masih dibenarkan meneruskan pengajian di sini. Tahun 2009, seramai 45 orang mendapat PMR gred E Bahasa Arab. Beza sangat kejayaan kali ini.

Tahniah buat Wan Mohd Nasyriq dan Munirah atas kejayaan mendapat Anugerah Pelajar Mithali untuk program ini. Tahun ini bukan cikgu-cikgu yang membuat pemilihan tetapi ianya datang dari undian rakan-rakan setingkatan dengan anda berdua.

Terima kasih juga buat Tuan Pengetua, semua Guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, semua guru tingkatan 4 dan guru-guru terlibat. Kehadiran dan komitmen tuan mampu menggerakkan dan melancarkan program ini.

Orang yang kuat bekerja, jika ada anugerah itu, orangnya tentulah Penolong Penyelaras Tingkatan 4, Ustazah Rodiah Abdul Latif. Cikgu Noor Hazliana selaku Penyelaras Tingkatan 4 masih bercuti. Atas keberkesanan kerja ustazah, segala kerja yang harus diselesaikan dalam empat hari berprogram mampu dilaksanakan dengan baik. Tahniah Ustazah....

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.