Followers

Saturday, November 6, 2010

Program Pendidikan Lanjutan dan Kerjaya Pilihan Selepas SPM SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.



 
Pada masa sekarang kerjaya adalah amat penting kepada kita semua, di samping merupakan sumber pendapatan, kerjaya juga seolah-olah menentukan pandangan masyarakat kepada seseorang individu.

Seseorang pelajar yang sangat cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat membanggakan belum tentu dijamin kursus dan universiti terbaik pilihannya jika tidak dibimbing dan dibantu. Masalah tidak boleh membuat keputusan mengenai pemilihan kursus pengajian disebabkan seseorang itu tiada maklumat langsung dalam bidang pendidikan lanjutan selepas SPM atau mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang dunia pendidikan dan pekerjaan yang akhirnya menimbulkan masalah identiti kepada para pelajar.

Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu pelajar tidak dapat mengagak dengan baik personaliti dirinya, minatnya, nilainya, kebolehannya dan pencapaiannya menyebabkan pilihan pendidikan dan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan pencapaian dan sifat peribadinya.

Sepatutnya pelajar mesti menganalisis keperluan berkaitan pendidikan dan kerjaya kerana pelajar berkualiti adalah pelajar yang cemerlang akademik, terpuji sahsiah, sihat tubuh badan dan cerdas fikirannya. 

Kumpulan sasar melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 SMKA Wataniah seramai 145 orang. 

Pelaksanaan dikendalikan oleh Interbankers Training Centre iaitu sebuah konsultan pendidikan yang berperanan membangunkan program-program akademik dan motivasi pelajar khususnya berkaitan kerjaya dan pendidikan lanjutan. Bimbingan dan ceramah akan disampaikan oleh Dato’ Mohamad Rosdi bin Che Wan ( Pengarah Perhubungan Antarabangsa ) dan Encik Mohd Shahril Anuar bin Sidek. 

Diuruskan pada peringkat sekolah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) dan Program Kecemerlangan SPM. Telah diadakan pada 4 November 2010, Khamis, jam 1.45 hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Haji Abdul Latif.

 

No comments: