Salam Ukhuwwah.
Majlis ini diadakan pada 19 September 2010, Ahad, mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Anjuran Kelab Kaunseling Kerjaya dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Wataniah. Bertempat di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Ramai juga guru dan kakitangan yang hadir. Jemputan bukannya menyeluruh. Mana yang lalu kat bilik, kita undang je. Mana nak sempat jemput kerana hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah bercuti selama dua minggu.
Menu yang disajikan membuatkan kecur air liur kita. Adanya makanan tradisi kita, ketupat, rendang, tapai, roti jala, sate dan nasi himpit. Mee goreng, keropok, makaroni bakar, puding, telur puyuh, kuih arab, biskut, kacang dan gula-gula. Minuman sekadar dua jenis, air Mirinda Oren dan air mineral.
Terima kasih semua. Jumpa pada 21 September 2010, Selasa dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Pastinya akan meriah.
No comments:
Post a Comment