Salam Ukhuwwah.
RASIONAL
Senario kegagalan pelajar dalam empat matapelajaran asas iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Komunikasi berdasarkan keputusan Ujian Operational Target Intelligent 1 ( OTI1 ) Pelajar Tingkatan Tiga iaitu calon peperiksaan PMR tahun 2010 amat membimbangkan, maka mereka perlu diberikan sesuatu yang dapat membangkitkan kembali semangat pembelajaran mereka. Program “ KEM MUKHAYYAM INTAN TERPILIH PELAJAR PMR TAHUN 2010 ” ini dicadangkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan merangsang kembali kesungguhan diri agar ianya mampu memotivasikan pelajar seramai 47 orang sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Ia adalah langkah dan usaha dalam mempersiapkan diri pelajar sebagai calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) Tahun 2010.
PELAKSANA
Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) & Program Kecemerlangan PMR
TARIKH
23 Jun 2010 ( Rabu )
TEMPAT
Chalet dan Kem Belatan, Taman Perkelahan Lata Belatan, Jabi, Besut, Terengganu
No comments:
Post a Comment