Salam Ukhuwwah.
Tarikh 23 Mei 2010, Ahad dipilih untuk mengumpulkan ibu bapa pelajar Kumpulan Elit SPM tahun 2010. Bertempat di Bilik Gerakan SMKA Wataniah, perbincangan dibuat bagi memajukan dan mempertingkatkan kejayaan anak-anak cemerlang. Keputusan Ujian TOV 2010 dijadikan landasan. Hanya pelajar yang memperolehi keputusan 5A dan ke atas dipilih. 20 pelajar telah berjaya. 16 orang dari Tingkatan 5 Ibnu Sina dan 4 orang dari Tingkatan 5 Ibnu Rusyd. Hebat kan!. Noor Faraha binti Ahmad Huda berjaya mendapat 10A. dari sebelas mata pelajaran yang diambil. Bila ditanya ibunya, Cikgu Noor Siha, " Kak wi makan gapo ko anak yang ko pandai sangat? ". Jawapannya, simple saja; " Pandai ko?. Anak orang lain ramai lagi pandai. Segala-gala rezeki dari Allah ".
Sebenarnya, pertanyaan saya itu adalah pujian buat Kak Noor Siha. Gigih beliau mendidik anak-anak. Hebat ujian Allah ini. Saya dah lama tinggalkan pengajian Ilmu Balaghah. Kali terakhir belajar masa kat KUSZA dulu. Lama dah. Tapi ingat lagi sikit-sikit. Sesuai guna masa tertentu. Tengok keadaan, sesuaikan dengan persekitaran, kerana bukan semua orang sanggup menghadapinya.
Dua jam setengah berkongsi. Tahniah buat Cikgu Mohd Rashid Awang Mat, Penyelaras Program SPM sekolah. Cikgu memang hebat, berpengalaman walaupun bicara disusun penuh tawadduk diri. Tenaga cikgu masih dan sangat diperlukan di SMKA Wataniah. Jangan pergi dulu sebelum saya pergi. Dalam maksud ayat ini.
Ummi Pengetua dan GPK Pentadbiran juga berkongsi pengalaman. Gusar ibu bapa terjelma dalam riak pertanyaan. Tunjukkan wajah menampakkan keyakinan.Itupun setelah bertarung dalam peluang rebutan soalan. Terima kasih kerana menyokong perjalanan aturan Jawatankuasa Program SPM sekolah. Kejayaan anak tuan/puan adalah perencanaan tersusun setelah idea keringat membanting bersama dalam lapangan pendidikan. Sasaran straight A's akan mampu dicapai tahun ini. Dengan izin-Nya, segala-galanya. Ingatlah! Cikgu itu adalah kerjaya mulia.
No comments:
Post a Comment