Followers

Friday, October 9, 2009

Tips Menduduki Peperiksaan



Sumber : http://yoyooh.com/bloggers-post/yo-blogger-remaja/250-tips-menduduki-peperiksaan.html


Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan  pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.
Bagi pelajar, masalah seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulangkaji yang terbaik sering ditanya.
Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.
Artikel  ini cuba menjawab secara umum akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa, guru dan pihak lain yang prihatin.



Pertama
Hadir di dalam bilik darjah. Dalam tempoh 2-3 bulan ini, anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sekelas.



Kedua
Pastikan anda mendapat petunjuk  yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersekongkol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan. Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu, anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga
Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawah pokok. Sebaliknya, pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.


 Keempat
Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Oktober ini markah anda untuk setiap mata pelajaran  pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk  belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.


Kelima
Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan, anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis (melakar), menulis dan mengingat.
Di samping membaca, memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran, anda perlu berdamping dengan guru, buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.



Keenam
Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.



Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat dan turut mendoakan kejayaan anda.

No comments: