Followers

Monday, March 2, 2015

Info Pendidikan Lanjutan Selepas SPM Tahun 2014 Sesi Ambilan 2015/2016

Salam Ukhuwwah.


Lama tidak berkongsi. Saya muncul lagi. Sesibuk mana pun kita, masa itu milik Allah. Jika Allah jauhkan diri-Nya dari kita, Allah akan sibukkan kita dengan hal dunia. Biarlah kita hidup sibuk dengan urusan-Nya. Kita aturkan kehidupan untuk-Nya. Melakukan sesuatu atas semua perkara diniatkan kerana-Nya, bukan selain-Nya. Pasti hidup kita berpahala sentiasa.

Esok, 3 Mac 2015, Selasa... anak-anak SPM tahun akan menerima keputusan mereka. Debaran usah dikira. Saya juga berdebar. Merasai takutnya juga. Kita harapkan adanya sinar bersama. Esok juga, SMKA Wataniah akan mulai bergelar Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) setelah Mudir kami, Ustaz Md. Yusof bin Rahim menerima watikah dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di Putrajaya. Pastinya Mudir tiada bersama di Dewan haji Abdul Latif untuk merasai debaran kecemerlangan SPM. Tidak mengapa. Kejayaan akan bersama.

Saya mulakan dengan sedikit perkongsian ini...


Kali ini saya aturkan perjumpaan untuk perkongsian bersama. Datang ya.....



Siang hari tadi kami juga berprogram. Program Motivasi Kerjaya " Bimbingan Menghadapi Temuduga dan Panduan Penyediaan Resume ". Itulah program seawal pertemuan untuk anak-anak SPM tahun 2014. Tahniah. Ramai yang datang.



Sumber rujukan peluang pendidikan lanjutan selepas SPM

Saya cuba untuk menilai, mencari dan mengenalpasti sumber-sumber baru berkaitan Halatuju Pendidikan Selepas SPM. Saya dapati terdapat beberapa blog dan laman web yang boleh dijadikan rujukan utama. Di sini saya paparkan untuk penelitian sebelum keputusan SPM keluar pada 3 Mac 2015, Selasa.


1. Permohonan ke IPTA Lepasan SPM dan Setaraf





Sunday, January 19, 2014

Info Bimbingan Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM


20 Mac 2014, Khamis, 10.50 malam

Alhamdulillah. Saya rakamkan penghargaan, tahniah dan syabas buat anak-anak yang berjaya dam Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2013. Melalui gambar di bawah ini adalah gambaran kepuasan bekerja. sekalipun ada bibit kekecewaan tapi ini adalah suratan. Juga kalungan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar warga pendidik SMKA Wataniah. 





Program Bimbingan Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM SMKA Wataniah. Sila rujuk jadual di si bawah ni.  






Pesanan saya untuk pelajar yang tidak tahu untuk memilih kursus yang sesuai, sila rujuk Sistem Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Program IPTA (i-MAS-C-U) dan sekarang dikenali sebagai Semak Syarat Kelayakan kendalian UiTM. Satu perisian yang sangat bagus dan baik untuk dimanfaatkan. Cukup mudah untuk digunakan. Cuma masukkan maklumat diri dan keputusan SPM. Pasti akan keluar senarai kursus yang bersesuaian dengan keputusan SPM kita.





PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN TEVT & ILK BAGI LEPASAN SPM / SETARAF SESI AKADEMIK 2014/2015


Buat anak-anak SMKA Wataniah, saya mulakan laman ini dengan merakamkan ucapan terima kasih terasa kekaguman saya atas kesungguhan kalian bertanyakan tentang pendidikan selepas SPM. Banyak panggilan dibuat, bertalu pesanan SMS diterima.

Untuk tahun 2014 ini, prosesnya akan bermula pada 20 Januari 2014, Isnin mulai jam 12.00 tengah hari. 


Permohonan boleh dibuat mulai tarikh itu. Tapi bacalah panduan dan syarat-syaratnya terlebih dahulu. Ingat lagi kan, wang anda masih lagi dengan saya. Cuma ada sedikit perubahan kerana harganya sudah berbeza berlainan dengan tahun sebelum ini. Serahkan kepada saya tugas itu untuk saya uruskan. InsyaAllah permohonan pembelian No. Pin akan hanya dibuat di BSN mulai esok. Tunggulah masanya saya akan memaklumkannya melalui laman ini bila masanya kalian boleh mula mendapatkan No.Pin itu.



Untuk panduan rujukan, sila kunjungi laman-laman berdasarkan risalah panduan yang telah diedarkan pada hari terakhir peperiksaan SPM anda pada pertengahan Disember tahun lepas.

Untuk memahaminya saya titipkan link rujukan ini.

Hebahan dan Pengumuman



Tunggulah masanya, saya akan datang dengan paparan maklumat terbaru sepanjang masa mengikut sumber-sumber yang ada. InsyaAllah...sokonglah saya.


22 Januari 2014. 10.50 pagi. Dewan Aspura, SMKA Wataniah.

Saya membuat catatan baru ini dengan memasukkan beberapa maklumat terkini untuk anak-anak pelajar supaya dapat dijadikan panduan. Sebelum itu, ada yang bertanyakan saya tentang no. pin dan pengisian Sistem Permohonan kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2014/2015 pada seawal mungkin dalam bulan Januari ini. Bagi saya, bila dah dapat no. pin buatlah/kemukakan permohonan pada penghujung bulan Februari nanti. Masa tu line dah tak jammed dan sibuk.

Saya ramalkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan keluar pada 20 Mac 2014 nanti. Tunggulah.



Untuk panduan dan maklumat semasa, sila klik link di bawah untuk dijadikan rujukan tepat.

1. Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA - BPKP (Jom Masuk U)

Manual Pengguna/Pemohon

Panduan Mengisi Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (Online Application)

e-Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA

e-Panduan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/Metro, Kolej komuniti & ILKA

Kenali IPTA/Politeknik Premier Sesi Akademik 2014/2015

Kod Program Pengajian Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik/2015

Syarat Khas Program Pengajian Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2014/2015

Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Poleteknik Premier Sesi Akademik 2014/2015 Program Lepasan Pengajian Lepasan SPM/Setaraf



2. Sumber Rujukan Panduan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM

Pagi ini saya berkesempatan untuk menilai, mencari dan mengenalpasti sumber-sumber baru berkaitan Halatuju Pendidikan selepas SPM. Saya dapati terdapat beberapa blog dan laman web yang boleh dijadikan rujukan utama. Di sini saya paparkan untuk penelitian sebelum keputusan SPM keluar pada 19 Mac 2014, Rabu nanti.



Sumber 2 : http://www.bumigemilang.com/

Sumber 3 : http://eputra.com/

Sumber 4 : http://www.cikgukaunseling.com/


Sumber 5 : https://www.facebook.com/groups/halatuju/?ref=ts&fref=ts

Sumber 7 : https://www.facebook.com/halatujukerjaya?ref=ts&fref=ts






Sumber 9 :




Sumber 10 :
Karnival Pendidikan Mara





3. Lain-lain Institusi Pendidikan Yang Boleh diPohon (Pendidikan Lanjutan Selepas SPM)

1. 


Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara.

Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia


2.
Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Dibuka mulai 4 Mac hingga 18 April 2014.


http://apponline.mara.gov.my/spupim/


http://apponline.mara.gov.my/upimonline/pilihanPermohonan.aspx



3.
Permohonan kemasukan dalam bidang Avionik di UniKL MIAT ambilan Julai bagi lepasan SPM Tahun 2013.
Cubalah memohon.

http://www.unikl.edu.my/web/admission/


4.
Permohonan Kemasukan Ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ambilan Mei 2014

http://www.utp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=449&Itemid=2929


5. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


6. Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2014/2015 Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

http://www.darulquran.gov.my


7. Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Mengikuti Program Pengajian Di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
Sesiapa yang berminat boleh juga mohon secara manual, borang ada pada saya.

www.btu.upm.edu.my


8. Permohonan Kemasukan ke Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Juruteknik Tahap 2 dan Sijil Multimedia Tahap 2 & 3 di Kolej PSDC, Kuantan, Pahang. 

www.kolejpsdc.edu.my


9. Tawaran Untuk Mengikuti Program Sijil Pertanian Di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Sesi 2014/2015.  

http://www.doa.gov.my/

http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1


10. Permohonan Melanjutkan Pengajian Tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) Secara Sepenuh Masa Program Diploma Kejururawatan Sidang Akademik 2014/2015
Permohonan dibuka dari 17 Mac 2014 hingga 6 April 2014.

https://pohon.usm.my/jururawat/


11. Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Kerajaan. Permohonan Secara Online Di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

http://www.spa.gov.my


12. Kolej Universiti Insaniah, Kedah

13. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)  


14. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) 


15. Permohonan Kemasukan Ke German Malaysian Institute (GMI)

16. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Risda


17. Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Pengurusan Koperasi (Sepenuh Masa) Maktab Koperasi Malaysia


18. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Universiti Tati


19 . Permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Perak.

http://www.kuisas.edu.my/sweb/






4. Tajaan, Biasiswa dan Sumber Kewangan



1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)


1.1. Kemudahan Penajaan dan Pinjaman JPA Bagi Pelajar


1.2. Permohonan Di Bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) Tahun 2014 Dibuka Kepada Pelajar-Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) 2013 Selama 7 Hari Mulai Jam 8.30 Pagi Pada 21 Mac 2014

http://esilav2.jpa.gov.my/




2. Malaysia International Scholarship (MIS)


3. Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA)


3.1. Permohonan Program Khas Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 - Kerjasama MARA dan JPA


3.2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM KERJASAMA MARA - JPA UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013



3.3. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA, IJAZAH DALAM NEGARA DAN CEMERLANG IPMa


3.4. Frequently Asked Questions Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013



3.5. Syarat Asas Kelayakan Permohonan


3.6. Permohonan Online (permohonan akan dibuka pada 21 Mac 2014 - 8.30 pagi)




4. Program Biasiswa Yayasan Khazanah Malaysia


5. Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA)  



6. Borang Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Tahun 2013



7. Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu


8. Program Biasiswa Pendidikan Yayasan Sime Darby 



9. Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera


10. Program Biasiswa Pendidikan Petronas

11. Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 

12. Maybank Foundation Scholarship Award 2014

12.1. Borang Permohonan Biasiswa Maybank

12.2. Permohonan Secara Online Maybank Foundation - Scholarship Award 2014


13. Scholarship In Malaysia

14. THE 2014 ASTRO SCHOLARSHIP AWARD

15. Tawaran Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (TNB)


16. Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi



Wednesday, January 1, 2014

Susah Itu Tiada Payah Lagi



1.  Tamat Belajar


Alhamdulillah. Saya sudahpun menamatkan pengajian saya. Segalanya bermula sejak Mac 2011 lagi. 30 November 2013, akhirnya ijazah sarjana tergenggam erat menjadi milik diri. Terasa sendu sebak menyelubungi bila menjengah memula langkah di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Mata melilau mencari ayah dan adik (Angah) di sekitar kerusi tetamu. Tak kutemui mereka. Ingatan menerawang kepada ibuku ( Mek yang dah lama pergi...usai 12 tahun dulunya ). Alangkah bahagianya jika Mek masih ada. Aku redha... ya Allah sesungguhnya sayangku rinduku tapi dia milik-Mu ya Allah.



Juga syukur semua kaum keluarga aku bawa bersama bermukim sementara di Bandar Darul Aman. Masuk ke Pulau Langkawi seharian. Satu tujuan untuk hadiahkan kegembiraan buat ayah dan adik-adik yang tak pernah sampai di sana. Kesanggupan mereka bersama aku hargainya.


Juga rakaman rasa bangga buat sahabat Cikgu Ramli bin Ahmad. Rakan sepengajian. Teman memahami dan akhirnya kita bahagia gembira bersama. Ingat lagi tentang kepayahan, tentang kesukaran, tentang kesungguhan, tentang pengorbanan yang bukan sedikit. Kita hampir terkandas di pertengahan tapi kita gagahi jua. Ingat lagi kan?. Biarlah ianya menjadi ingatan yang akan kita simpan dalam sanubari memori sampai bila-bila.


2.  Sambung Phd

Memikirkan tentang itu ini tentunya serabut akan mengundang diri. Banyak perkara yang saya fikirkan. Biarlah langkah saya terhenti setakat ini. Sekadar memiliki Ijazah Sarjana sahaja. Sungguhpun bekalan CGPA 3.80, tapi saya tidak mahu menyusahkan orang yang dekat sekitar saya. Tentunya ada. Mungkin dekat kerana ada yang tersangat rapat. Saya fikirkan macam-macam. Janganlah kerana saya, ada yang terbiar. Sekalipun niat saya untuk buat Phd itu ada tapi semangat sahaja yang ada tanpa kesungguhan tentunya tak akan ke mana-mana.


Buat rakan-rakan, Ustaz Suffian, Amran, Hisham, Hasliza, Kak Haida, Yuni, Nabihah dan lain-lain teruskan kesungguhan kalian. Maafkan saya. Saya tidak dapat menyertai kalian pada 24 Januari 2014 nanti di Kota Bharu. Saya doakan hasrat murni itu akan dipulangkan dengan " Topi Bulat ". Kita pernah menyebutnya sebelum ini...berkali-kali.


3.  Warden

Tahun 2014 ini dipilih oleh Allah Taala semula menjadi warden. Hanya satu tugas tapi dengan seribu tanggungjawab. Menjaga anak orang yang telah lama aku tinggalkan. Ingat lagi pengalaman lalu 2006-2008, serba kepayahan diamanahkan sebagai ketua warden. Itu dulu di tempat lama. Kini berada di tempat yang baru dengan anak-anak yang sedia terdidik, mudah dibentuk senang mengamati. Terima kasih kerana mengingatkan kenangan dulu dengan lantikan jawatan baru ini. InsyaAllah... akan dilaksanakan sehabis usaha semungkin terdaya tapi hanya setahun sahaja. Setahun untuk tahun ini...2014.

Saya mengangumi orang di sekeliling saya yang mula menunjukkan " Inginkan kebahagiaan 1000 tahun hendaklah kita mendidik manusia ". Bukan lagi hanya inginkan kebahagiaan seketika. Bukan hanya menyemai benih di tanah kontang?.

Tuesday, July 9, 2013

Orang Susah Berbicara, Orang Miskin Berkata-kata...Berilah Peluang Kepada Mereka?.

Salam Ukhuwwah.

Sebelum saya tuturkan hasrat bicara saya kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan “Selamat Berpuasa Bulan Ramadan, Bulan Rahmat Bulan Berkat. Alhamdulillah kita temui lagi Ramadan kali ini. Rebutlah peluang untuk beribadah sebanyaknya di dalamnya”.

Saya masih dapat mengheret kembali ingatan saya ke tahun 1985. 28 tahun yang lalu. Ianya sudah lama berlalu meninggalkan saya. Tahun peperiksaan Penilaian Darjah Lima saya. Juga pertama kali dapat mengikuti program lawatan bermaklumat atau program lawatan sambil belajar. Saya terpanggil untuk menyertai rombongan tersebut setelah diberi penerangan oleh Cikgu Rohana dan Cikgu Ramlah, asal dari Pasir Panjang dan Hiliran, Kuala Terengganu. (Saya tak pasti sama ada cikgu masih ada lagi?). Destinasi pertama adalah Muzium Negeri di Bukit Cherong Lanjut, berhadapan sekolah Grammar sekarang. Seterusnya, shopping di Bumi Supermarket. Sekarang ni dah tiada supermarket ini. Terletak berhampiran Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Sekarang dah jadi KFC dan Pizza Hut. Last sekali ke Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu. Saya tertarik kerana pantai ini tersangat indah dan ianya adalah antara lokasi utama filem “Sesejuk Air Mata Ibu” tahun 1981. Kalau tanya budak-budak sekarang, pasti mereka tak akan tahu sebab ianya cerita lama. 

Apabila saya pulang ke rumah, lantas memaklumkan hasrat untuk menyertai program tersebut kepada ibu (kini ibu tiada lagi). Yuran hanya RM5.00 tapi makan sendiri tidak termasuk dalam yuran. Ibu mengizinkan tapi meminta saya bagitahu hasrat kepada ayah. Takut sangat-sangat untuk minta izin dengan ayah sebab ayah garang. Sebab takut ayah tak izinkan. Sebab keluarga kami miskin dan ayah tak mampu. Dan bila malamnya, saya nekad membuka mulut dan jawapannya, seperti dijangkakan. Ayah tidak izinkan kerana tiada duit. Waktu itu ayah bekerja sebagai penoreh getah. Mengambil upah menoreh getah orang dan sedikit kebun sendiri.

Saya rasa kecewa sangat. Hajat kita tak kesampaian. Dan malam itu aku tidur bertemankan air mata. Ibu (tidak mahu menulis dengan menggunakan perkataan “arwah ibu” kerana saya dapat rasakan ibu sentiasa hidup dan berada di sisi saya sampai bila-bila) datang memujuk. Tapi apalah kudrat seorang isteri untuk membenarkan setelah ayah berkeras tidak mengizinkan saya turut serta.

Sebab nak sangat ikut serta, saya terfikir untuk membelah tabung simpanan. Diperbuat dari buluh. Tak tahu macam mana idea itu boleh datang. Dapatlah dalam RM12.60. Besar sangat nilai itu pada tahun 1985. Saya bagitahu kepada ibu tindakan saya itu, ibu sekadar mengingatkan supaya menyimpan baki lebihan wang simpanan itu. Saya dah memang takut untuk bersemuka dengan ayah sekali lagi tetapi hanya melalui perantaraan ibu hasrat disampaikan. Esok awal-awal pagi ayah seperti sediakalanya membekalkan aku 30 sen duit belanja sekolah. 10 sen untuk tambang bas pergi sekolah, 10 sen untuk tambang pulang dan 10 sen lagi untuk aku belanjakan. Tapi biasanya aku simpan masuk tabung. Sebab hampir setiap hari aku membawa bekal nasi dan air ke sekolah. Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu.

Aku masih ingat lagi, ayah memegang ubun-ubun kepala aku dengan menggunakan tangan kanannya. Kata ayah “Noor, bukan ayah tak wi gi ko Teganu (rombongan lawatan ke bandar Kuala Terengganu), tapi ayah tak dok pitis. Kita nak makan pun betengak (berjimat). Dah kalu mung nak gi juga, ayah wi gi lah”. Sukanya aku waktu tu. Cara ayah buat kepada saya macam tu, saya praktikkan kepada anak-anak saya sekarang bila bercakap dengan mereka. Sangat terkesan dan menyentuh jiwa anak-anak. Terima kasih ayah, juga terima kasih mek (ibu).

Sampai masanya, saya turut serta program lawatan tersebut yang diatur pasca peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Itulah kali pertama saya ke bandar Kuala Terengganu sedangkan jarak dari rumah hanyalah 30km. Saya hanyalah anak kampung dari keluarga miskin. Ayah hanya ada motosikal Honda Cup buruk yang digunakan untuk ke kebun, ke masjid dan ke mana-mana. Mana mungkin untuk membawa saya bersiar-siar ke bandar. Saya redha ya Allah atas ketentuan-Mu. Motivasi ini saya jadikan inspirasi untuk mendapat Ijazah Kelas Pertama pengajian saya di UPM, tapi tak kesampaian kerana ibu pergi dulu sebelum pengajian aku tamat. Dan aku bagaikan orang gila berbulan-bulan lamanya. Cita-cita aku terkubur. Itu kisah lama aku dulu. Tapi sekarang aku dah bayar balik hajat aku itu dan aku puashati. CGPA aku kini 3.80. Syukur ya Allah.

Orang lain bawa wang belanja yang banyak. Tapi aku?, ibu dengan stail setianya bekalkan aku dengan satu tupperware nasi berlaukkan ikan goreng dan air kosong. Juga merasa RM2.00 sebagai duit poket. Terima kasih Mek!. Sukanya kita bila kita dapat sertai program dan kunjungi tempat yang dijadualkan. Sekarang ini, jika melalui kawasan itu, saya akan bercerita kepada anak-anak tempat-tempat lawatan saya pada waktu itu. Kali pertama menyertai rombongan sekolah. Dan saya akan kenanginya sampai bila-bila sebab ianya adalah sejarah peribadi saya. Juga kini sedang merancang, mungkin sekali untuk membawa keluarga makan makanan bekal berwajahkan keindahan Pantai Pandak Chendering seperti tahun 1985 lalu.

Kini... aku Allah pinjamkan seketika jawatan sebagai Guru Kaunseling. Ada ketikanya diizinkan untuk merancang program rombongan lawatan bermaklumat atau program lawatan sambil belajar ke merata-rata tempat yang diinginkan untuk anak-anak pelajar. Juga seperti Cikgu Rohana dan Cikgu Ramlah buat pada tahun 1985, menetapkan bahawa hanya pelajar yang tidak pernah ke Bandar Kuala Terengganu sahaja yang dibenarkan untuk menyertai rombongan. Maka aku kini pun berbuat perkara yang sama, mensyaratkan hanya pelajar yang tidak pernah mengunjungi lokasi lawatan sahaja yang boleh ikut serta.

" Cikgu... terima kasih kerana bawa kami ke sini. Dalam umur hidup saya, inilah kali pertama saya datang ke sini... Biasanya saya hanya lihat dalam surat khabar dan tengok tv . Comel tempat ni cikgu... Terima kasih cikgu ". Penghargaan untuk saya?. Saya gembira dengan kata-kata ini. Itulah bicara anak didikku dan itulah juga luahan kata-kata aku kepada Cikgu Rohana dan Cikgu Ramlah tahun 1985 dulu, sama seperti bicara itu.

Besar nilainya bagi seorang pelajar yang seperti aku dulunya diberi peluang untuk turut serta. Kini aku dapat lihat sendiri apa yang berlaku kepada anak-anak didik aku di SMKA Wataniah. Jika melihat ada kalangan mereka yang keseorangan menjauhkan diri dari keramaian kawan-kawan. Aku faham kerana mereka tiada bekalan tupperware nasi berlaukkan ikan goreng dan air kosong, malu agaknya untuk membawanya, tapi sekadar sedikit wang bekalan buat menunaikan hasrat mencapai hasrat, impian dan keinginan diri seperti aku dulunya. Aku faham sangat. Sudah masak dengan tingkah mereka. Dan aku sekadar membelek helaian kertas mencari warna merah untuk dihulurkan. Keberatan menerima dan aku memaksanya.

Susah dulu lain caranya. Orang Susah Berbicara, Orang Miskin Berkata-kata...Berilah Peluang Kepada Mereka?. Jangan hanya kita sudah biasa, kita akan kata : " Apalah yang ada di situ, tak ada manfaat langsung?. 

Muzium Negeri di Bukit Cherong Lanjut, shopping di Bumi Supermarket dan kunjungi Pantai Pandak Chendering bagi aku anak seorang penoreh getah yang tidak pernah ada peluang ke tempat seperti itu akan mengenanginya sehingga kini sekalipun 28 tahun telahpun berlalu. Aku akan sentiasa mengingatinya. Aku kenangi jasa cikgu. Terima kasih cikgu.

Aku mohon maaf. Salam Ramadan.

Saturday, June 29, 2013

English Language Educational Trip SMKA Wataniah '13 (ELETS '13)

Salam Ukhuwwah.


Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
26 hingga 29 Jun 2013.
Sir Zaharani, CR Wan Mohd Noor, Sir Azman, Madam Mas Morni & Cik Aima. 

Juga kami hargai.....
pihak Management and Science University (MSU)
Encik Fattah,
Encik Nasrul,
Chef Adly,
Encik Fared 
& Puan Norliana

serta 
pengurusan Kulliyyah Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Dr. Zahariah 
& Puan Rafidah

Pelajar SMKAWA yang kami temui
Hasrul (UM) di KLCC, 
Akma dan Salihah (USIM) di KLIA, 
Syakir, Anom, Fatihah, Azim & Zuhaidi (UIAM). 

dan selebriti Deejay Nazz Cinta Gegar ThR di MSU.

Catatan : Ada juga foto tak termuat ketika menaiki ERL dari KLIA ke KL Sentral kerana kehabisan bateri kamera.







Friday, June 21, 2013

Program Smart Islamic Thinker (SIT'13) UniSZA


Seramai 41 orang Mahasiswa/wi UniSZA berprogram untuk 219 pelajar Tingkatan 2 SMKA Wataniah. Terima kasih kerana memilih kami. 20, 21 & 22 Jun 2013. InsyaAllah akan buktikan ilmu, pengalaman dan kemahiran ini akan dimanfaatkan.

Ingat UniSZA maka akan ingat sokmo-sokmo KUSZA. Banyak kenangan di sana. 

( Foto paparan setakat berprogram pagi Jumaat sahaja. Akan ditambah lagi bila program selesai nanti ).