Followers

Friday, September 23, 2011

Program Motivasi Memperkasa Minda SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Program diadakan pada 14 September 2011, Rabu malam Khamis. Semua pelajar asrama dilibatkan. Penyampaian berkesan terarah kepada kesungguhan menguasai teknik dan gaya pembelajaran berterusan. 
Sokongan dan komitmen tunjukkan Tuan Pengetua, Ustaz Haji Mohamad bin A. Ghani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Haji Ahmad Zaki bin Mohamad dan rakan-rakan guru menunggu hingga ke penghujung program.

Kesudahan yang baik dan mengesankan. Terima kasih semua.




Tuesday, September 13, 2011

Majlis Temu Murni Pelajar PMR SMKA Wataniah 2011

Salam Ukhuwwah.


Wednesday, September 7, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Salam Ukhuwwah

6 September 2011, Selasa.






Terima kasih dan penghargaan buat Syarikat Power Root atas tajaan minuman coklat Oligo terutamanya buat Encik Azuan Hussin. Tahun depan kita jemput lagi datang ke SMKA Wataniah.

Tuesday, September 6, 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah



Program ini dikendalikan oleh Yang Berbahagia Professor Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim, Mantan Pengarah Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Johor. 4 September 2011, Ahad. Masa 9.00 hingga 10.30 malam, tapi tanpa sedar berlanjutan sehingga jam 11.00 malam. Ralit mendengar bicara motivasi beliau.

Sangat terkesan dengan teori dan pengalaman dari seorang pakar. Sungguhpun program asrama, tapi ramai pelajar luar yang hadir. Terima kasih buat kakak Prof, Puan Hajjah Akma yang membawa masuk Prof. Kamil ke SMKA Wataniah.

Selepas ini, Prof akan berpindah ke Madinah. Bertugas sebagai pensyarah di sana setelah menamatkan tugas di UiTM Segamat, Johor.

Syabas Prof. Kamil. dan..... terima kasih buat semua pihak yang menjayakan program ini.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Saturday, September 3, 2011

Perjalanan Diri Terakhir Seorang Adik

Salam Ukhuwwah




قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“ Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kalian lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan ”. 
 ( Surah Al-Jumu`ah: 8 ).

Sesungguhnya segala yang bermula itu pasti akan berakhir, setiap yang kuat itu memiliki kelemahan dan setiap yang hidup pasti akan mati.

Kini dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana dan kehilangannya amat dirasakan dalam usia 30 tahun. Meninggalkan suami dan dua anak, Muna dan Raihan.

Mudahnya pergi, pantasnya masa berhubungan. Allah terlebih sayangkan adik.

Buat adik yang ku sayang, hanya Al-Fatihah mampu ku sedekahkan buat adik, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati oleh-NYA. Amin..

Al-Fatihah

Tuesday, August 23, 2011

Program Motivasi Bersama Professor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

Salam Ukhuwwah.



Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama SMKA Wataniah
Bersama Yang Berbahagia Professor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim,
Mantan Pengarah UiTM Johor
Pada 4 September 2011, Ahad, jam 9.00 - 10.30 malam,
bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah

Rebutlah peluang untuk menyertainya. Terbuka untuk semua. 

Saya sangat menghargai dan menyanjung tinggi kesanggupan Prof. Kamil untuk datang lagi ke SMKA Wataniah. Tika saya di SMKA Wataniah, insyaAllah, 4 September 2011 ini, Prof. Kamil sudah tiga kali berkunjung ke sini. Pertama kali bersua pada Januari 2009 dan Oktober 2010. Saya dikhabarkan, Prof Kamil telah ke sini sekali sebelum itu. Terima Kasih Prof.

Saya juga berterima kasih atas sikap luhur Hajjah Akma ( Kak Ma ) membawa datang Prof. Kamil ke SMKA Wataniah untuk kali ke-empat. Peluang sebaik ini adalah untuk anak-anak didik kita di SMKA Wataniah.

Sebarang rujukan berkaitan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim boleh kunjungi 

blog Puan Roza Roslan, isteri Prof. Kamil, http://www.rozaroslan.blogspot.com/

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.

Terima Kasih Semua.

Wednesday, August 10, 2011

Minggu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah

Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2011
Anjuran : Badan Pendidikan Islam/Bahasa Arab, Badan Dakwah dan Rohani & 
               Unit Bimbingan dan Kaunseling

1). Majlis Pelancaran Oleh Tuan Pengetua - 24 Ogos 2011




2). Kem Celik Jawi - 24 Ogos 2011




3). Kursus Pengurusan Jenazah - 25 Ogos 2011




4). Xplorace Bahasa Arab ( Tingkatan 4 ) - 26 Ogos 2011





5). Kem Mukhayyam Lughawi ( Bahasa Arab ) Tingkatan 2 di La Hot Spring - 26 Ogos 2011




6). Kursus Haji - 27 Ogos 2011





7). Ceramah Ambang Ramadan, Pertandingan Khat, Syarahan Bahasa Arab dan 
     Majlis Penutup - 28 Ogos 2011





Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Sunday, August 7, 2011

Kem Mukhayyam Lughawi Tingkatan 2

Salam Ukhuwwah

Saya hampir terlupa untuk postingkan program Bahasa Arab ini. Ada pelajar bertanyakan mana gambar aktiviti program ini?. Tak ada pun dalam blog ini. Ya, saya dah tunaikan permintaan anda kali ini hari ini.

Taman Rekreasi La Hot Spring di Hulu Besut. 26 Julai 2011, Rabu. Anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling & Program Kecemerlangan Tingkatan Dua. Seramai 178 orang pelajar Tingkatan 2 telah menyertai program sehari ini. Mulai jam 7.45 pagi hingga 6.30 petang.

Kami menggunakan kaedah permainan Bahasa Arab " Explorace Bahasa Arab ". Terima kasih buat Guru Pengiring kerana atas kesungguhan tuan/puan, program ini dapat dijalankan sebaiknya. Buat Ustaz Tuan Mat, Cikgu Noor Zuraida, Cikgu Rohana dan Cikgu Ruzifah.

Terima Kasih SEMUA............... nya.









Saturday, July 30, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan


Get More Islamic Testi Here!

Mencari Kata Sepakat Bertemu Mencari Muafakat

Salam Ukhuwwah.

Terima kasih buat Ustaz Suffian dan Suhaila (Su). Kesungguhan kalian berdua merencanakan kepimpinan terbilang saya kagumi. Tribulasi itu biasa. Mehnahnya akan ada di mana-mana. Usah digusari dengan getiran sangka, Pedulikan nista domba kerana hidup mesti kita teruskan. Masih ada lagi enam semester di hadapan kita.

Kami sentiasa bersama kalian berdua. Suka duka pastikan bersama. Bersemangat dan bersungguh-sungguh mencari makna. InsyaAllah akan ada jawapan penyudah di hujungnya. Akan digenggami kesungguhan ini bersama rakan-rakan sepengajian, Master of Science (Counselling), UUM. Boleh buat punya.....


Cameron Highlands Bersama Tingkatan Dua

Salam Ukhuwwah.

Paparan perjalanan mencari pengalaman ini mengambil masa satu minggu untuk di'posting'kan. Mungkin kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa mengenal ruang-ruang kerehatan dan kepentingan antara mengutamakan keperluan mana yang lebih penting dari yang penting kerana yang terpenting itu lebih penting dari yang penting.

19, 20 & 21 Julai 2011. Bersama Tingkatan 2. Satu kalimah terbitan saya tonjolkan "penat tapi seronok". Bersama anak-anak yang tidak pernah sampai ke Cameron Highlands. Mereka "excited". Mereka nak datang lagi. Penat kerana mereka lincah dan berlamaan meninjau ruang hidup yang banyak sekalipun masa hanyalah tiga hari dua malam. Hanya kali ini diberi kesempatan untuk ke Cameron Highlands. Kelmarin dah pergi ke Big Red Strawberry Farm, tapi hari ini nak pergi lagi. Kami jalan kaki lagi. Dekat sahaja cuma kena mendaki memanjat bukit. Tak kan dibiarkan mereka pergi sendiri. Kuatkan diri, pergi juga. Fikirkan keselamatan anak-anak orang tanggungjawab sementara kita. Malamnya, lena dibuai mimpi dan lenguh-lenguh labu betis... kepenatan. Penat tapi seronok. Terima kasih cikgu. Lain kali nak datang lagi.

Mungkin..... sesetengah orang tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju sampai bila-bila dengan saya membawa mereka dalam waktu sebegini. Tidak dapat belajar katanya. Adakah ilmu itu hanya ada dalam bilik darjah sahaja?. Tentu tidak kan?. Bukan senang untuk mengurus satu-satu program dari A hingga Z. Susah tanpa ilmu dan pengalaman. Program sebegini, perancangannya bermula sejak dua bulan setengah yang lalu. Melalui proses itu dan ini. Kalau nak tahu, cubalah uruskan sendiri. Akan jumpalah jawapannya.

Saya tidak mampu untuk cuba menutup mulut-mulut sesetengah orang kerana siapalah saya berbanding mereka?. Cuma jawapan saya, saya berkesempatan berjumpa dengan pelajar SPM SMK Renek, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa ( Sekolah Kluster ), Pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMS Dungun, Pelajar SMK Geliga Kemaman berprogram untuk Kem Kepimpinan pelajar selama tiga hari dua malam di situ pada waktu itu. Juga dari Tingkatan pelbagai. Agaknya, pelajar Tingkatan 5 (SPM) mereka, tak jadi periksa SPM tahun ni?. Kita bawakan Tingkatan 2, geger seantero benua.

Walau apapun, kita puashati. Kita sabar. Kita redha. Kita kena faham bahawa sifat dengki dan tidak puashati sudah wujud sejak keturunan Nabi Adam yang pertama. Ingat lagi cerita Habil dan Qabil?. Tentu ingatkan......... dan sifat buruk itu bertaburan melata di sekitar kita kini.

Terima kasih buat Abang Man dan Iman Saleha. Saya hargai jasa anda berdua dalam usaha menjayakan program ini.