Followers

Friday, May 27, 2011

Majlis Sambutan Pengetua SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini. Selamat Datang diucapkan buat Ustaz Mohamad bin A.Ghani yang berpindah tugas dari SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan.
Majlis diadakan pada 26 Mei 2011, Khamis, Jam 11.30 hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Haji Abdul Latif. Kerjasama yang erat di kalangan guru, akhirnya dapat dilaksanakan dengan baik. Berjaya juga akhirnya.








Thursday, May 12, 2011

Majlis Jamuan Kesyukuran Tingkatan 5 Ibnu Sina SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.




Terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina Tahun 2010. Atas kesudian menjamu semua guru, kakitangan dan pekerja. Anda semuanya sudah berjaya. Jika ditanya ke mana anda selepas ini, macam-macam akan kedengaran jawapan. Tahniah!. ada yang dapat ke Jordan, UIAM, USIM, UiTM, UPSI, Matrikulasi, Asasi dan lain-lain. 

Ada yang akan mengikuti kursus perubatan, pergigian, Syariah, Bahasa Arab, Kejuruteraan, Arkitek, Undang-undang dan macam-macam lagi lah. Cuma program KPLSPM yang belum tahu lagi keputusan.

Tunggulah kemunculannya pada 21 Mei 2011 nanti.

Monday, May 9, 2011

Pertandingan Pendidikan Lalulintas MKJR/Shell/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2011

Salam Ukhuwwah.

Tarikh 6 & 7 Mei 2011, SMKA Wataniah telah menghantar 17 orang pelajar Tingkatan 2 ke program ini sebagai mewakili daerah Besut.

Bersama guru pengiring, Penyelaras Program Sekolah Selamat, Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Bakar ke Kemaman dan bermalam di Asrama SMK Kijal. Tahniah.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.




Thursday, May 5, 2011

Program TAKLIF ( Pemantapan Tanggungjawab Ibubapa & Anak ) SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

Saya menjangkakan kejayaan program ini setelah ianya selesai diadakan. Memang telahan itu tepat. Ini adalah kali kedua SMKA Wataniah dipilih untuk diadakan program sebegini hebat.

Terima kasih Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu ( YPKT ).Penceramahnya cukup hebat dan terkesan kepada hadirin. Saya mengandaikan konsep atau tema program mirip ESQ dengan paparan tayangan dan muzik iringan yang meremang susuk diri.

Kehadiran juga boleh dibanggakan sekalipun ibu bapa/penjaga pelajar Tingkatan 3 tidaklah ramai kerana pelajar yang dipilih hanyalah 98 orang. Inilah pilihan mereka. Saya asalnya ingin memberikan peluang ini kepada pelajar Tingkatan 5 ( SPM ) kerana bilangan mereka ramai, 158 orang. Dan tentunya ibubapa/penjaga akan ramai hadir sesuai dengan ramai bilangan pelajar. Tapi... konsep taklif hanya sesuai untuk pelajar yang berumur 15 tahun sahaja. Tidak mengapa.

5 Mei 2011, Khamis, Jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah dan ..................... SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015 akan terlaksana nanti.

Jumpa nanti pada 7 Mei 2011, dalam Program Motivasi " Anak Idaman Ibubapa ".







Tuesday, May 3, 2011

Ujian IQ Malaysia

Salam Ukhuwwah

Kepada mana-mana pelajar yang akan menjalani Ujian Temuduga atau Ujian Saringan pemilihan ke bidang pengajian peringkat luar negara seperti bidang perubatan. Pastikan anda bersedia dengan sebaik-baiknya. 

Anda juga digalakkan mencuba sedaya mungkin termasuk menguji tahap IQ anda. Sehubungan itu, saya cadangkan anda mengambil Ujian IQ ini terlebih dahulu sebelum hadir temuduga, saringan atau pemilihan.


Saya doakan anda semua berjaya. Ingatlah SMKA Wataniah sekalipun anda sudah berada di Mesir, Jordan, Ireland, Russia atau Indonesia.

Kerana

SMKA Terbilang Tahun 2015

Saturday, April 23, 2011

Majlis Jamuan Tambatan Budi SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Majlis ini diadakan sebagai meraikan guru dan staf yang sentiasa bekerja dan bersama menaikkan kecemerlangan sekolah hingga mampu menobatkan SMKA Wataniah antara yang terbaik dalam saingannya. Pasukan PMR dan Pasukan SPM berjaya dengan jayanya melalui keputusan PMR dan SPM yang telah diumumkan seketika masa sebelumnya.

Bertempat di Restoran Anjung Bahtera, 21 April 2011, Khamis, jam 2.00 petang. Santapan hidangan yang sangat menyelerakan. Terima kasih.



SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Friday, April 22, 2011

Bicara Gemilang Pelajar Terbilang

Salam Ukhuwwah.

Lama kami merancang dan cuba mengatur program ini. Akhirnya, dapat juga diadakan pada 21 April 2011, Khamis, jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Fokus kami sangat jelas. Matlamatnya untuk perkongsian pengalaman pelajar SPM tahun 2010 yang cemerlang.

Terima kasih buat Nur Faraha, Nur Atiyah, Nor Hafizah, Aina Mardhiah, Maryam Saidah, Hadi, Zuhaidi, Farah, Faezah, Wan Nurul Husna dan Ain Ilyana atas perkongsian anda.

Terima kasih juga buat pensyarah Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan. Ramai mereka datang. Hebat bicara orang yang sudah berjaya. Budi baik tuan kami hargai.









SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.

Wednesday, April 13, 2011

Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu

Salam Ukhuwwah

Isnin, 11 April 2011, SMKA Wataniah menghantar pelajar menyertai pesta buku atas arahan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.

Dua kelas terlibat iaitu Tingkatan 4 Ibnu Sina dan Tingkatan 4 Ibnu Zuhri. Tahniah. All the best.