Followers

Tuesday, September 29, 2009

Bicara Seorang Kaunselor di Sekolah

Seorang guru masuk mengajar di satu kelas. Bila mula nak mengajar, anak murid dah tunjuk kurang ajar. Marah dan naik darah lah guru ni. Lalu mulut membebel itu dan ini. Apa yang terlintas di hadapan, akan dimaki dan dicaci. Mula nak mencari salah orang itu, silap orang ini. Banyak sangat terkeluar, satunya yang paling tak sedap didengar, " Eh, kaunselor kamu kan hebat. Dua-dua hebat. Tahun lepas lain. Tahun ni lain. Kamu yang kurang ajar ni, kaunselor kamu tak ajar ke?. Kamu yang malas baca buku ni, kaunselor kamu tak bagi arahan ke?. Kamu yang tak buat kerja rumah ni, kaunselor kamu tak bimbing ke?. Kamu yang dapat markah rendah ni, kaunselor kamu tak bagi semangat ke?."

Fuh!. Hebat bicara cikgu ni?. Mungkin dia sakit kot?. Atau mungkin dia baru bergaduh dengan suami / isterinya. Atau mungkin dia............................................, ada penyakit gila babi. Sebab itu dia membebel yang bukan-bukan. Anggap dia hebat. Dia mungkin terlupa atau tak sanggup nak menjawab, bila anak muridnya bertanya, siapa yang ajar subjek ni cikgu, kaunselor ke? atau cikgu?.

Kesiannya jadi kaunselor. Apa pendapat pembaca.

Monday, September 21, 2009

Motivasi Diri Melalui Rasa Percaya Diri

Oleh : NurWahidah
Sumber Rujukan : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1065

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif.

Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan - apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada
gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi di mana ada kemungkinan untuk gagal.

Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik.

Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa
sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan.

Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang
bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Tuesday, September 8, 2009

Inilah Kaunseling

Kaunseling :

Suatu proses perhubungan untuk memberi bantuan secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional yang bertujuan menghasilkan perubahan, perkembangan, dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.

Sunday, September 6, 2009

Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan, apa dia?


Imam Shafie pernah ditanya tentang 8 perkataan - wajib, terlebih wajib, pelik, terlebih pelik, payah, terlebih payah, hampir, terlebih hampir.
Hadis Nabi SAW bermaksud: ‘Segeralah beramal dalam 7 keadaan. Kamu tidak menunggu melainkan faqir yang melupakan kamu dari beramal atau kaya yang menjadikan kamu melampaui batas atau sakit yang merosakkan anggota badan kamu untuk beramal atau tua yang memayahkan untuk beramal atau mati yang menjadi penamat kehidupan atau dajjal. Ia sejahat perkara yang ditunggu atau Kiamat dan Kiamat itu lebih perit dan dahsyat’.
Nabi SAW bersabda kepada Abu Zar, maksudnya: ‘Wahai Aba Zar! Teguhkan bahtera kerana laut itu dalam. Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan itu panjang. Ringankan belakangmu kerana bukit itu tinggi pendakiannya. Ikhlaskan amalan kerana Tuhan Yang Maha Melihat itu Sangat Melihat (akan perbuatanmu).’
Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan. Jawab beliau dalam syairnya:
Wajib atas manusia untuk bertaubat
tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib
Seluruh masa diguna uuntukk bertaubat itu pelik
Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik
Sabar tunaikan perintah itu payah
Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah
Semua perkara yang diharap itu hampir
Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir
- Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek