Salam Ukhuwwah.
Hari ini, 21 Mac 2013, keputusan telahpun diketahui. Tahniah saya ucapkan kepada semua. Ada yang berjaya dengan cemerlang. Tahniah buat 8 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Yang tidak mendapat kejayaan cemerlang hari ini, insyaAllah kejayaan anda akan menyusul nanti pada peringkat akademik yang berbeza. Mungkin akan berjaya seperti Normadia binti Manaf. Pelajar STPM terbaik negara. Beliau juga bersekolah di SMKA Wataniah dua tahun lalu. Tahniah...
Saya perincikan di sini agenda perjalanan kita buat masa seketika yang ada. Saya aturkan begini. Untuk semua tanpa diskriminasi. Cuma saya minta anda datang awal seawal kita bermula acara pada jam 9.00 pagi. Saya paling tidak suka orang datang lambat. Biasanya, sesiapa yang lambat, dia cuai, dia leka, dia tidak ambil berat dan biasa ambil mudah. Untuk kali ini kita fikirkan tentang masa depan kita yang bermula di peringkat SPM kerana SPM itu adalah Sijil Penentu Masa depan kita.
1. Jadual Pertemuan Kita
Berlarutan hingga jam 3.00 petang hari ini. Alhamdulillah. saya tiada darah tinggi.
Berlarutan hingga jam 2.00 petang hari ini.
Pastikan anda membawa buku ini. (rujuk dibawah).
Saya sangat mengharapkan anda
1). Membuat pengiraan markah anda berdasarkan meritokrasi terlebih dahulu.
2). Menyenaraikan 8 kursus pilihan berdasarkan minat dan kelayakan anda. Maksud saya
pencapaian bilangan A melalui keputusan.
(Sila rujuk muka surat akhir dan dua akhir Buku Panduan tersebut ).
Perlu diingatkan, saya minta anda senaraikan 8 pilihan berdasarkan minat, kelayakan, pilihan dan kehendak ibu bapa anda melalui perbincangan yang dibuat dengan mereka terlebih dahulu.
Saya paling pantang dan tidak suka pelajar yang datang membawa borang kosong dan minta saya senaraikan. Ayat biasanya berbunyi begini, "Cikgu tolong isikanlah untuk saya. Saya pun tak tahu minat saya apa dan minat untuk belajar dalam bidang apa". Itu ayat paling biasa. Tindakan itu seolah-olah meletak pisau di leher saya dan menyembelih saya. Bahaya kalau saya buat begitu. Nantilah saya akan terangkan sebab apa bila kita berjumpa nanti.
Saya perhatikan ada pelajar yang tidak tahu menilai erti pengorbanan diri berdasarkan keutamaan dan keperluan mendesak untuk masa depan. Bila dijemput untuk datang, ada yang berkata "Cikgu, boleh ke kalau saya tak nak mari". Apa lah yang saya boleh buat kalau anda tidak mahu datang. Tapi yang berfikiran matang, mereka ada berkata begini, "Terima kasih Cikgu sebab buat program ini untuk bimbing saya masuk U. Saya tahu Cikgu sepatutnya balik kampung". Baguslah kalau bersangka begitu walaupun hakikat sebenarnya saya sudah kenaling ketar kepala lutut sebab tesis saya belum siap dan laporan internship belum sudah. Tempoh masanya adalah 31 Mac 2013 ini. Itulah pengorbanan saya untuk anda.
Saya letakkan masa pertemuan tiga hari dan tiga kali. Lama tu masanya. Tak usahlah menelefon saya. Datanglah ke sekolah bertanyakan soalan itu. Simpan soalan-soalan anda untuk ditanyakan esok.
Saya mengajak anda merujuk kepada sumber ini.
2). Laman mengemukakan permohonan anda. Masih dengan Jom Masuk U.
3). e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan
4). Senarai program/kursus yang ditawarkan.
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_kod.php?pagefunc=epanduanKod&carian1=
5). Syarat khas program kemasukan ke IPTA.
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php
Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA.
7). e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT(Politeknik) & ILKA
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php?pagefunc=epanduan
Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.
Semakan boleh dibuat untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi Lepasan SPM
7). e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT(Politeknik) & ILKA
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php?pagefunc=epanduan
Saya cuma dapat membimbing sekadar termampu. Itupun kalau ada yang sudi menerima. Secara ringkasnya, anda yang akan buat keputusan. Bincanglah dengan ibu bapa / penjaga anda. Jangan mudah menerima maklumat yang salah. Nanti akan tersalah dan terpesong.
Di sini, saya cadangkan untuk pemilihan dan membuat keputusan kepada Pendidikan Lanjutan Selepas SPM anda, telitilah dan buatlah permohonan sama ada secara online atau manual sebanyaknya. Nanti..... bila dah dapat, maka dapatlah kita buat pilihan mana yang terbaik.
Saya cadangkan juga, selain
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM / SETARAF AMBILAN JUN 2013 melalui Kementerian Pengajian Tinggi atau ringkasnya melalui BPKP, Matrikulasi atau Kursus Perguruan Lepas SPM ( KPLSPM ), mohonlah juga kolej-kolej kerajaan negeri atau institusi teknikal berkaitan.
Sebolehnya, cuba elakkan ke institusi swasta kerana saya percaya, pelajar SMKA Wataniah adalah dalam kalangan pelajar yang hebat.
Sebolehnya, cuba elakkan ke institusi swasta kerana saya percaya, pelajar SMKA Wataniah adalah dalam kalangan pelajar yang hebat.
Bagi yang meminati bidang Pendidikan, Pengajian Islam atau selainnya, mohonlah ke :-
1. Info Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM ( KPLSPM 2013 ).
(Permohonan boleh dibuat mulai 22 Mac 2013 hingga 5 April 2013).
2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/PilihanPermohonan.aspx
3. Permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.
4. Permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Insaniah Negeri Kedah.
http://www.insaniah.edu.my/main/5. Permohonan kemasukan ke Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Negeri Johor.
7. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) Negeri Selangor
8. Kolej Universiti Islam Melaka ( KUIM ) Melaka
9. Bagi pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun ( Reka Cipta ) atau pelajar Aliran Sains, saya cadangkan anda juga mohon masuk ke Kolej Universiti TATI ( TATiUC ). Sebuah kolej universiti bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Klik :
10. Permohonan ke Program Diploma di Universiti Selangor (UNISEL). Bagi yang berminat untuk menjadi Guru Agama/Ustaz atau Ustazah, anda boleh mengemukakan permohonan dalam bidang Diploma Pendidikan (Pengajian Islam).
http://apply.unisel.edu.my/
11. Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah dalam Bidang Perubatan & Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco.
12. Program Pra-Diploma Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Kepada Pelajar
Saya cadangkan kepada pelajar yang result SPMnya terlalu rendah. Contoh, dapat 2A dan ke bawah. Cuba mohon program pengajian ini. Setelah dilengkapkan borang, pastikan borang dihantar ke UiTM terdekat. Labelkan sudut atas kiri sampul surat dengan "PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA". Mohon dengan kadar segera.
Baca dan Muat Turun Borang
13. Bagi pelajar yang sudah tidak berminat lagi UNTUK MENERUSKAN PEMBELAJARAN dan PUNYAI KEINGINAN UNTUK BEKERJA, silalah buat permohonan secara online ke :-
14. Diploma Kejururawatan Selama 3 Tahun di Universiti Sains Malaysia (USM)
15. SPM Principles of Accounting Double Certification
16. Permohonan ke Kolej Komuniti
17. Permohonan Mengikuti Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya http://spp.ummc.edu.my/
18.
17. Permohonan Mengikuti Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya http://spp.ummc.edu.my/
18.
Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Julai 2013)
Tajaan dan Biasiswa
http://www.penerajuedu.com/Peneraju-Tunas-Potensi-BM.php
Pengenalan Kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara objektif Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik dan juga vokasional. Tugas Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran bakat-bakat Bumiputera akan terus membangun untuk berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.
Misi
- Menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada Bumiputera
- Mendidik dan membangun bakat Bumiputera ke potensi tertinggi
- Menjalin usahasama dan melengkapi pihak yang berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera
- Transformasi keupayaan Bumiputera ke arah pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi
Kumpulan Sasaran
- Bakat-bakat Bumiputera berpotensi tinggi
- Golongan yang dari kelompok 40% ke bawah (yang akan dipertimbangkan untuk bidang bukan akademik)
- Golongan yang memerlukan peluang kedua
- Golongan yang dari persekitaran yang mencabar
Tarikh tutup tujuh (7) hari selepas SPM diumumkan
2. Tajaan Biasiswa Yayasan Khazanah
3. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2013
4. Program Pinjaman Pelajaran MARA
5. Permohonan Tajaan JPA Tahun 2013 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea).
Permohonan ini dibuka mulai 23 Mac 2013 .
http://esilav2.jpa.gov.my/
6. Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Bagi Sesi Pengajian 2013/2014 - Yayasan Terengganu
7. Permohonan Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu 2013 bagi pelajar kelulusan SPM 2012
Borang-borang yang telah lengkap dan sempurna diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu selepas keputusan peperiksaan diumumkan atau tidaklewat 4 April 2013.
8. Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS
PETRONAS sekali lagi menawarkan penajaan pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2012 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara. |
Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan. |
Sila layari :
Pelajar SPM boleh memohon Jawatan Kosong yang ada mengikut keperluan.
10. Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2013
Sukacita Dimaklumkan, Bahawa Dasar Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Tahun 2012 Akan Diumumkan Mulai 9 April 2012 Melalui Laman Web Jabatan Ini. Sebarang Maklum Balas Berkaitan, Sila Hubungi Talian 03-8885 3704 Atau Layari Laman Web eSilav2 Bagi Mendapatkan Maklumat Selanjutnya. http://esilav2.jpa.gov.my/
Laman Web penuh dengan maklumat lengkap tajaan / biasiswa pelajaran.
Cuba rujuk di link/capaian web ini untuk ikuti perkembangan tentang tajaan/biasiswa MARA mulai awal bulan April nanti.
Selamat Berjaya.
Saya doakan kejayaan sentiasa berpihak kepada anda, pelajar SMKA Wataniah.
SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
1 comment:
Salam..ckgu,,sye brminat nak jdi pilot..bleh x ckgu post maklumat tntang syarat n step nak jadi pilot..tq
Post a Comment